PROSES agihan semua 32 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) antara Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH) Terengganu bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) sudah selesai sepenuhnya, kata Pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri, Ahmad Said.
Beliau berkata proses agihan tersebut selesai dalam tempoh sebulan selepas tiga kali perbincangan dan beliau telah menyerahkan keputusan agihan tersebut kepada presiden parti, Ahmad Zahid Hamidi untuk dimuktamadkan.
Bercakap di Marang, Ahmad berkata ketua kedua-dua belah pihak akan berbincang mengenainya.