Umno sedia pertimbang ahli hadapi tindakan disiplin

UMNO akan mempertimbangkan semula kedudukan dan masa depan ahli parti yang dikenakan tindakan disiplin, kata presiden Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Bagaimanapun, ia bergantung kepada gelagat mereka selepas dikenakan tindakan, dan sama ada mereka membuat kenyataan terbuka yang mencerca dan memburuk-burukkan parti.

“Kita akan memperhalusi semula tindakan disiplin ke atas mereka,” katanya dalam ucapan penangguhan perhimpunan agung Umno di WTC, Kuala Lumpur petang ini.