Tok Mat pertikai kenyataan Annuar Musa

TIMBALAN presiden, Datuk Seri Mohamad Hasan hari ini mempertikaikan kenytaan Annuar Musa yang mendakwa lebih 2 juta ahli Umno sudah meninggalkan parti.

Bercakap di Kuala Terengganu hari ini, beliau juga menyoal apakah motif bekas setiausaha agung Umno itu yang kini menganggotai Pas mengeluarkan kenyataan yang langsung tidak masuk akal.

“Rakyat dah tahu temberang dia.

“Rakyat sendiri dapat menilai kesahihan dakwaannya itu, yang sekaligus menampakkan dia memang mendendami Umno,” katanya.