Penyokong akar umbi BN mungkin boikot PRK

BARISAN Nasional kemungkinan besar menghadapi risiko dipulaukan oleh penyokong akar umbinya pada pilihanraya kecil Parlimen Pulai dan DUN Simpang Jeram, kata naib presiden Khaled Nordin.

Bercakap kepada Utusan Malaysia, beliau berkata ini berikutan masih ramai di antara mereka yang tidak menerima kerjasama BN dengan Pakatan Harapan.

“Kini, terserahlah kepada jentera pilihanraya BN untuk memberi penjelasan seterang-terangnya kepada mereka. Yakinkanlah mereka pada pengundian 9 September ini.

“Apabila mereka melihat BN tidak bertanding pada kedua-dua pilihanraya, mereka mungkin tidak memangkah calon PH,” katanya.