Tanding Bebas: Keahlian Haslihelmy gugur

STATUS Presiden Pertubuhan Suara Anak Pahang (PSAP), Haslihelmy DM Zulhasli sebagai ahli Umno tergugur kerana mengambil langkah bertanding Bebas pada Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Pelangai.

Perkara itu dimaklumkan  Presiden Umno, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi ketika ditemui pemberita di Pusat Penamaan Calon Dewan Orang Ramai Felda Kemasul di sini, Sabtu lalu.

“Walaupun beliau jadi calon Bebas, keahlian beliau tergugur,” katanya.

Terdahulu, kehadiran calon Bebas itu yang menghantar borang pencalonan sekali gus mengesahkan desas-desus PRK Pelangai bakal menyaksikan pertembungan tiga penjuru.

Bermula pukul 9 pagi iaitu sejurus waktu penamaan calon mula dibuka, Haslihelmy muncul menghantar borang pencalonan di Dewan Orang Ramai Felda Kemasul hari ini.