Kembalikan Kedai Rakyat 1Malaysia – Dr Akmal

KETUA Pemuda, Dr Akmal Saleh mendesak kerajaan agar mengembalikan semula Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M) yang diperkenalkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak pada 2011.

Katanya, KR1M adalah rantaian kedai yang banyak membantu rakyat negara ini, khasnya yang berpendapatan rendah.

“Hari ini, ramai mula menyedari betapa bergunanya kedai berkenaan di saat harga barang keperluan naik.

“Adalah diharap, kerajaan akan mengkaji semula KR1M.”