Tak perlu pujuk sokong PM, kata Ahmad Maslan

UMNO tidak perlu memujuk mana-mana Ahli Parlimen pembangkang untuk menyatakan sokongan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, kata Datuk Seri Ahmad Maslan.
Ahli Majlis Tertinggi UMNO itu berkata ini kerana sokongan yang dimiliki oleh Kerajaan Perpaduan sangat kukuh dan stabil.
“Perdana Menteri tidak pernah menyuruh saya untuk melakukan perkara seumpama itu kerana kita adalah kerajaan yang cukup stabil serta cukup kuat dan tiada keperluan bagi pihak kerajaan untuk memancing sesiapa,” katanya di Pontian, minggu lalu.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Setiausaha Agung Perikatan Nasional Datuk Seri Hamzah Zainudin semalam bahawa gabungan politik itu sedang mengumpul bukti berhubung dakwaan ugutan yang diterima oleh Ahli Parlimen pembangkang supaya menyokong Kerajaan Perpaduan.