Bekas Panglima ATM calon BN di Kemaman

UMNO/BN hari ini mengumumkan calonnya bagi pilihanraya kecil Parlimen Kemaman.

Beliau ialah bekas Panglima Angkatan Tentera, Jeneral (R) Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor, 65.

Pengumuman dibuat oleh presiden Umno yang juga Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi di Menara Dato Onn, Kuala Lumpur.