Mahkamah tolak petisen Umno di Marang

MAHKAMAH Persekutuan di Putrajaya hari ini memutuskan Tan Sri Abdul Hadi Awang kekal sebagai Ahli Parlimen Marang.
Keputusan sebulat suara itu ditetapkan panel tiga hakim, dipengerusikan Tan Sri Abang Iskandar Abang Hashim selepas menolak rayuan bekas calon Barisan Nasional (BN), Jasmira Othman, yang mendakwa Presiden Pas itu menyogok pengundi menjelang Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) lalu.
Ketika membaca keputusan penghakimannya, Abang Iskandar berkata, Jasmira selaku perayu gagal membuktikan kesnya melampaui keraguan munasabah.
Pada pilihan raya tersebut, Abdul Hadi memenangi kerusi Parlimen Marang dengan majoriti 41,729 undi menewaskan Jasmira, calon Pakatan Harapan (PH) Azhar Ab Shukur dan calon Pejuang, Dr Zarawi Sulong.