Dr M tak pernah bendung rasuah dalam Umno

TUN Dr Mahathir Mohamad tidak berbuat apa-apa untuk menghentikan amalan rasuah ketika jadi presiden Umno, kata Puad Zakarshi.

Katanya, perkara itu dibiarkan berleluasa tanpa sebarang tindakan untuk membendungnya.

“Apa yang dia (Mahathir) buat ketika menjadi presiden selama 22 tahun?

“Itu tempoh yang begitu lama. Dia seolah-olah membiarkan ia merebak sejak mula. Malah dia menyedarinya,” katanya.