SPRM buka bilik gerakan untuk PRK Kemaman

SURUHANJAYA Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM telah menggerakkan bilik gerakannya di Kemaman, sama seperti pilihanraya sebelum ini.

Terletak di Bangunan Persekutuan di Jalan Melor, Gong Limau, ia dibuka 24 jam sehingga hari mengundi pada 2 Disember ini, bagi membolehkan orang ramai menyalurkan maklumat mengenai sebarang kegiatan rasuah di sepanjang tempoh berkempen.

Maklumat boleh disalurkan terus kepada SPRM melalui alamat e-mel aduan.prk.terengganu@sprm.gov.my atau menghubungi nombor telefon 09-8502080.