Bukan barah, saya tak letak jawatan – Zahid

TIMBALAN Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menafikan beliau akan meletakkan jawatan seperti dakwaan pihak tertentu.

Ia dikaitkan dengan status kesihatan Ahmad Zahid.

“Saya sendiri pun tak tahu akan melakukan perkara tersebut (meletakkan jawatan),” katanya pada sidang media selepas merasmikan Majlis Peluncuran Rancangan Hala Tuju Transformasi Politeknik 2023-2030 di sini pada Isnin.

Menurutnya, prosedur yang dijalani beliau baru-baru ini adalah pembedahan prostat dan bukannya menghidap penyakit kanser prostat.

Menurutnya, prosedur yang dijalani beliau baru-baru ini adalah pembedahan prostat dan bukannya menghidap penyakit kanser prostat.

“Semua orang lelaki ada prostat ada sama ada besar atau kecil.

“Tapi janganlah buat spekulasi yang macam-macam,” katanya.