Isham Jalil akhirnya dipecat dari Umno

MAJLIS Kerja Tertinggi Umno memecat bekas ketua penerangan, Isham Jalil pada mesyuaratnya di Menara Dato Onn, malam tadi.

Ahli MKT Ahmad Maslan berkata Isham kini ‘bukan lagi ahli Umno’.

“Semoga ia jadi pengajaran kepada mana-mana ahli parti yang membantah keputusan majoriti,” katanya sambil enggan mengulas lanjut.

Isham sebelum ini menyatakan bantahan terbukanya terhadap keputusan parti untuk menyertai Kerajaan Perpaduan yang turut dianggotai DAP.

Dia juga mencabar presiden parti Ahmad Zahid Hamidi agar berdebat dengannya mengenai isu itu.