Onn, Rozi kini ketuai Umno Johor dan Terengganu

MENTERI Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi telah dilantik sebagai Pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri (BPUN) Johor sementara Datuk Rozi Mamat dilantik sebagai Pengerusi BPUN Terengganu yang berkuat-kuasa serta merta.

Demikian maklum Setiausaha Agung, Datuk Dr Asyraf Wajdi Duski dalam satu kenyataan selepas mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi parti, malam tadi.

“Sekalung tahniah diucapkan kepada YAB Datuk Onn Hafiz Ghazi yang dilantik sebagai Pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri Johor yang berkuat-kuasa serta merta.

“Tahniah juga diucapkan kepada Datuk Rozi Mamat yang dilantik sebagai Pengerusi Badan Perhubungan Umno Terengganu yang berkuat-kuasa serta merta.

Pada masa yang sama, beliau menyatakan penghargaan kepada Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin dan Datuk Seri Ahmad Said atas segala pengorbanan, usaha dan komitmen yang tinggi dalam memimpin Umno kedua-dua negeri selama ini.