Russia mampu wujudkan kestabilan sejagat

MALAYSIA percaya Russia boleh memainkan fungsi utama bagi mewujudkan kestabilan dunia, kata ahli Majlis Kerja Tertinggi, Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan.

Dalam ‘teleconference’ dengan pengerusi United Russia Party, Dmitry Medvedev dan wakil parti politik Asean semalam, Rahman berkata Malaysia dan Russia berpendirian selari untuk memastikan agenda itu, termasuk mewujudkan pembangunan ekonomi dan kestabilan politik.

“Russia akan terus menjadi negara yang mampu mewujudkan kestabilan sejagat.

“Walaupun Malaysia dan Russian mempunyai sistem politik berbeza, kami memiliki matlamat yang sama, terutamanya di bidang ekonomi dan kestabilan sosial,” katanya.

Beliau juga berkata, Malaysia memainkan fungsi cukup aktif di Asean dan mendapat kerjasama serta sokongan penuh Russia untuk kestabilan rantau ini.