UMNO lucut keahlian Mohamad Ali Mohamad

UMNO melucutkan keahlian bekas timbalan speaker Dewan Negara Mohamad Ali Mohamad yang didakwa telah mengubah haluan dengan menyertai Bersatu.

Keputusan untuk memecat bekas ketua UMNO Bahagian Tangga Batu itu dibuat pada mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) yang dipengerusikan Presiden parti, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi Jumaat lalu.

“Mesyuarat MKT Jumaat lalu mengesahkan pemecatan Mohamad Ali yang didapati telah menyertai Bersatu.

“Mohamad Ali merupakan bekas ketua UMNO Tangga Batu. Berdasarkan perlembagaan parti mana-mana individu yang menyertai parti lain akan gugur keahliannya selepas disahkan MKT.

“MKT telah mengesahkan pengguguran keahlian itu,” kata seorang ahli MKT yang enggan namanya didedahkan.