Panduan Mengisi Borang
- Mesyuarat penaja bagi menubuhkan cawangan baru perlu diadakan dengan terdiri daripada sekurang-kurangnya 15 orang Ahli Jawatan Kuasa.
- Permohonan menubuhkan cawangan penaja tersebut perlu dikemukakan secara rasmi kepada pihak Bahagian.
- Manakala pihak Bahagian pula akan membawa permohonan tersebut ke Mesyuarat Ahli Jawatan Kuasa Bahagian. Sebarang keputusan perlu dimaklumkan secara rasmi kepada Ketua atau Setiausaha Penaja cawangan berkenaan.
- Setelah selesai proses tersebut, Bahagian perlu mengemukakan permohonan kebenaran menubuhkan cawangan baru kepada Ibu Pejabat dengan dokumen seperti berikut:
-
- Surat sokongan membenarkan penubuhan cawangan baru berserta minit mesyuarat Bahagian mengenai perkara tersebut.
- Senarai Ahli Jawatan Kuasa Penaja Cawangan.
- Minit Mesyuarat Cawangan Penaja.
- Borang permohonan menjadi ahli baru sekurang-kurangnya 50 orang termasuk Ketua Penaja sendiri berserta salinan kad pengenalan dan yuran RM2 setiap ahli.
- Wang tunai RM10 bagi setiap permohonan Cawangan Baru.