Pemilihan parti selepas pilihanraya umum

PEMILIHAN UMNO yang dijadual berlangsung tahun ini akan ditangguhkan dan diadakan selepas Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16).

Perkara itu disahkan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, ketika ditemui pemberita selepas hadir pada Majlis Pertukaran Memorandum Persefahaman (MoU) dan Memorandum Kerjasama (MoC) sempena Penganjuran Ekspo Agrikomoditi Women in Halal Industri, di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL), di sini, Jumaat lalu.

Ditanya sama ada dua jawatan tertinggi dalam parti itu akan dipertandingkan pada Pemilihan UMNO, beliau berkata perkara itu juga akan diputuskan selepas PRU16.

Mengulas penangguhan itu, beliau berkata ia terkandung dalam Perlembagaan UMNO yang melalui pindaan sebelum ini.

Party election only after general election

UMNO is postponing the party’s election as it needs to remain united heading into the upcoming elections, says president Ahmad Zahid Hamidi.

The deputy premier said the party needs to be better prepared for the possible Melaka state election and the 16th general election (GE16).

“The party must remain strong and united to contest as many seats as possible in any elections,” he said on Friday.

The Melaka and Johor state polls are most likely held this year, after their last state election held in November 2021 and March 2022, respectively.