Zahid Hamidi proposes Malay grand coalition

UMNO president Ahmad Zahid Hamidi has expressed his wish to form a new grand coalition to unite all Malay-Muslim parties under one umbrella, saying he wanted the Umno general assembly’s stamp of approval for the initiative.

The new coalition would not be a threat to the unity government alliance, he said at the assembly. “Don’t worry Prime Minister Anwar Ibrahim, I don’t have any agenda of forming a backdoor government.”

Zahid said the hope was for the grand coalition to “truly unite the spirit and struggle of Malay-Muslim parties in a larger framework”.

“We do not want any party that joins to dissolve their party,” he said. “Instead, let’s become informal allies first as a preliminary step, and turn it into a grand coalition. With this, we can set our differences aside and be under one roof.”

Members of the new alliance would have to agree not to disrupt the unity government in order to join the grand coalition, he said.

Zahid, who is also chairman of Barisan Nasional, said he hoped to hold a retreat for BN component parties and allies to discuss “rebranding” the coalition in preparation for the next general election.

The proposal for a grand coalition is the latest in a series of efforts over the years to unite Malay-Muslim parties, although such alliances have fallen apart quickly.

In 2019, Umno and PAS, arguably the nation’s two largest Malay-Muslim parties, formed Muafakat Nasional but it collapsed after PAS joined Bersatu in forming the Perikatan Nasional political coalition that went on to form a new government in 2020.

Former prime minister Dr Mahathir Mohamad had also launched several initiatives to unite the Malay polity, including the Gerakan Tanah Air coalition spearheaded by his party Pejuang which, however, failed to win a single seat in the 2022 general election.

 

Zahid Hamidi syor kolaborasi agung Melayu

UMNO bercadang membentuk ‘grand collaboration’ atau kolaborasi agung bagi menyatukan parti politik Melayu dan Islam di negara ini.

Cadangan membentuk satu kerangka gabungan lebih besar itu disuarakan sendiri Presidennya, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi ketika menggulung ucapan dasar sempena Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2025 di Pusat Dagangan Dunia (WTC) di sini pada Sabtu.

Beliau bagaimanapun menegaskan, kolaborasi itu sama sekali tidak berniat menggugat Kerajaan Perpaduan sedia ada, sebaliknya bertujuan menyatukan roh dan perjuangan parti Melayu dan Islam dalam kerangka lebih besar.

“Perdana Menteri (Datuk Seri Anwar Ibrahim) jangan risau. Saya tidak akan ada agenda untuk tebuk atap atau mahu menggugat Kerajaan Perpaduan, tetapi semata-mata bertujuan menterjemah keikhlasan UMNO untuk merangkul semua parti Melayu dan Islam di bawah satu bumbung demi menterjemah agenda Islam dan Melayu.

“Saya mohon persetujuan perwakilan untuk membentuk gabungan besar bagi menyatukan seluruh parti politik Melayu-Islam dalam satu gabungan, dengan tidak berhajat menggugat kerajaan perpaduan yang ada,” katanya.

Mengulas lanjut, Ahmad Zahid yang juga Timbalan Perdana Menteri turut menegaskan, UMNO tidak mahu mana-mana parti yang akan menganggotai kolaborasi itu membubarkan parti mereka, sebaliknya bersama secara tidak rasmi terlebih dahulu bagi langkah awal dan menjadikannya sebagai satu gabungan besar.

Ahmad Zahid menambah, terdapat pihak yang sudah merisik dan meminang UMNO untuk kerjasama lebih rapat.

Jelasnya, beliau secara terbuka menerima risikan itu dengan syarat ia tidak mengganggu kestabilan kerajaan perpaduan.

“Apa yang saya bayangkan memang ada yang merisik dan meminang. Dengan ini, risikan itu diterima secara rasmi dengan syarat tidak mengganggu kerajaan perpaduan,” katanya.