KEHADIRAN Tan Sri Noh Omar pada Majlis Pelancaran Jentera Barisan Nasional (BN) Johor Ahad lalu mencuri tumpuan, di samping dua lagi bekas pemimpin UMNO yang kembali kepada parti itu melalui agenda Rumah Bangsa.
Dua bekas pemimpin UMNO itu ialah Datuk Seri Hishammuddin Hussein dan Tan Sri Syed Hamid Albar.
Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menyerahkan borang keahlian kepada ketiga-tiga pemimpin veteran itu disaksikan lebih 10,000 jentera yang hadir.
“Rumah Bangsa ini menerima sambutan sangat luar biasa. Bukan sahaja di kalangan pemimpin lama daripada UMNO yang telah bertukar arah suatu ketika dahulu, kini kembali.
