PRN: Umno tangguh mesyuarat perwakilan

UMNO menangguhkan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian serta sayap Wanita, Pemuda dan Puteri tahun ini untuk memberi tumpuan penuh kepada persiapan Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.

Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata keputusan itu, yang dipersetujui Majlis Tertinggi parti, bertujuan memastikan ahli di semua peringkat dapat membantu gerak kerja bagi menghadapi PRN berkenaan.

“Sehubungan dengan itu, bagi memastikan mesyuarat perwakilan Wanita, Pemuda dan Puteri yang perlu dilaksanakan selaras dengan Perlembagaan UMNO, ia akan dilaksanakan secara serentak di seluruh negara pada 17 hingga 19 Julai ini.

“Mesyuarat Perwakilan Bahagian pula akan diadakan pada minggu berikutnya, iaitu dari 24 hingga 26 Julai,” menurutnya dalam kenyataan, Rabu.

Pada Isnin lepas, Menteri Besar Datuk Onn Hafiz Ghazi mengumumkan pembubaran Dewan Undangan Negeri Johor berkuat kuasa 1 Jun selepas mendapat perkenan Pemangku Sultan Johor Tunku Mahkota Ismail.

PRN Johor pada 2022 menyaksikan UMNO-Barisan Nasional menang 40 daripada 56 kerusi yang dipertanding diikuti Pakatan Harapan dengan 12 kerusi, Perikatan Nasional (tiga) dan MUDA (satu).

PRN: Umno postpones delegates’ meetings

UMNO has postponed its delegates’ meetings to focus fully on preparations for the upcoming Johor state election.

Umno secretary-general Asyraf Wajdi Dusuki said the decision, agreed upon by the party’s supreme council, aims to ensure members at all levels can assist in election preparations.

“This is to ensure the Wanita, Youth and Puteri delegates’ meetings can be held simultaneously nationwide from July 17 to 19, in accordance with the Umno constitution.

“The division delegates’ meetings will be held the following week, from July 24 to 26,” he said in a statement on Wednesday (June 3).

On Monday (June 1), Johor 1Mentri Besar Datuk Onn Hafiz Ghazi announced the dissolution of the state assembly after receiving the consent of the Regent of Johor, Tunku Mahkota Ismail, paving the way for the state election to be held within 60 days.

In the 2022 Johor election, Umno-Barisan Nasional won 40 of the 56 seats contested, followed by Pakatan Harapan with 12 seats, Perikatan Nasional (three) and Muda (one).