KPM Digesa Siasat Segera Pengedaran Komik Propaganda Putar Belit Sejarah

KENYATAAN MEDIA
YB DATO DR NORAINI AHMAD
KETUA PERGERAKAN WANITA UMNO MALAYSIA
MERANGKAP AHLI PARLIMEN PARIT SULONG

18 OKTOBER 2019

1. Wanita UMNO Malaysia menggesa Kementerian Pendidikan Malaysia menyiasat serta memberi penjelasan mengenai pengedaran komik berbentuk propaganda yang diedarkan di sekolah-sekolah.

2. Wanita UMNO terkejut dengan penerbitannya dan beranggapan komik berkenaan mengundang bahaya kerana mengandungi unsur-unsur putar belitkan sejarah untuk menafikan kerajaan terdahulu. Ia juga dikatakan mengandungi maklumat cuba ‘menghalalkan’ komunis.

3. Perkara ini bukan sahaja boleh disifatkan biadap tetapi ia juga boleh dianggap mencabar undang-undang negara. Tidak mustahil satu hari nanti sejarah Malaysia boleh diubah sesuka hati. Lebih parah lagi, pengorbanan nenek moyang kita terdahulu dimanupulasikan demi kepentingan pihak-pihak tertentu.

4. Jika perkara ini tidak disanggah dan diambil tindakan sewajarnya, tidak hairan dari sekecil-kecil percubaan akan menjadi lebih besar suatu hari nanti. Siapa yang rugi? Tentunya generasi kita akan datang. Mahu ke kita lihat mereka terkontang-kanting mencari sejarah sebenar tanah air sendiri? Ini hakikat yang perlu kita akur jika perkara ini terus dipandang remeh.

5. Justeru, Wanita UMNO menggesa agar YB Dr Mazlee Malik selaku Menteri Pendidikan untuk segera menjalankan siasatan terhadap perkara ini dan ambil tindakan sebelum komik ini diedarkan secara meluas ke seluruh Malaysia.


Tinggalkan Balasan

Your email address will not be published.