BN hilang 8 kerusi, cuma menang 6 DUN

BARISAN Nasional kehilangan lapan kerusi yang dimenanginya pada pilihanraya Sabah 2020 apabila hanya merekodkan enam kemenangan pada PRN ke-17 yang berakhir semalam.

Paling mengejutkan apabila DAP hilang 6 kerusi yang dimenangi pada tahun 2020 dan tewas di semua lapan Dewan Undangan Negeri yang ditandinginya kali ini.

Gabungan Rakyat Sabah (GRS) menang 29 kerusi, Warisan 25, Pakatan Harapan 1 dan dan parti lain 12.

Datuk Seri Hajiji Noor dari GRS mengangkat sumpah sebagai ketua menteri Sabah bagi penggal kedua kira-kira jam 3.30 pagi tadi.

BN yang bertanding di 45 DUN turut tewas mengejut di Karambunai apabila calonnya Yakuban Khan tewas kepada calon PAS-Perikatan Nasional, satu-satunya kerusi yang PN menangi.

Ia juga tewas di Usukan yang diwakili Salleh Keruak.

 

 

Umno-BN loses 8 seats, winning only six

BARISAN Nasional lost 8 from 14 seats it won in 2020 when it only managed to secure six State Assemblies in Sabah 17th state election which ended yesterday.

Most shocking is when DAP lost 6 seats it won in 2020 dan didn’t win any in all 8 seats it contested.

Gabungan Rakyat Sabah (GRS) won most seats with 29, Warisan 25, Pakatan Harapan 1 and others 12, including five Independants.

Hajiji Noor of GRS was sworn in as Sabah chief minister for the second term in Kota Kinabalu around 3.30 this morning.

BN which contested in 45 seats saw its heavyweights Yakuban Khan lost Karambunai to PAS, the only seat for Perikatan Nasional in Sabah, while Salleh Keruak lost Usukan.