Dr Akmal ‘sindir’ hidupkan semula MN

KETUA Pemuda, Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh semalam mengesyorkan supaya Muafakat Nasional (MN) yang sebelum ini menyaksikan kerjasama politik partinya dan PAS, dihidupkan semula.

Reaksi EXCO Melaka itu susulan situasi di Perlis selepas lapan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dikatakan menghantar akuan bersumpah (SD) kepada pihak istana kerana hilang kepercayaan kepada pimpinan Menteri Besar, Mohd Shukri Ramli daripada PAS yang mungkin menyaksikan pilihan raya kecil (PRK) di tiga kerusi.

“Alang-alang bubar sekalilah Perikatan Nasional (PN), kita wujudkan semula Muafakat Nasional (MN). Amacam?”, soal Dr Muhamad Akmal.

Beliau meneruskan hantaran di Facebooknya dengan nada sindiran, mengingatkan bahawa sejak dahulu lagi ada peringatan supaya MN diperkuatkan.

Ahli Majlis Tertinggi parti, Datuk Puad Zarkashi pula berkata, Pas perlu bersifat ‘gentleman’ dengan menyerahkan kerajaan Perlis untuk ditadbir oleh Bersatu kerana kedua-duanya adalah parti yang bergabung di bawah Perikatan Nasional (PN)

“Mustahil Bersatu akan memecat lima ADUN Bersatu yang tarik sokongan itu. Ini peluang terbaik Bersatu dapat mentadbir satu negeri. PAS patut gentleman.

“Lepaskan sahaja kepada Bersatu. Jangan biarkan pentadbiran negeri tergantung. Utamakan rakyat,” katanya menerusi hantaran di Facebook.

 

 

Dr Akmal ‘mocks’ PAS to revive MN

YOUTH chief Dr Akmal Saleh has called for Perikatan Nasional to be dissolved amid fresh signs of infighting within the coalition, particularly in Perlis.

In a Facebook post yesterday mocking the crisis di Perlis, Akmal said Umno had repeatedly urged PAS to prioritise strengthening the Muafakat Nasional (MN) pact shared by the two Malay-Muslim parties before the 2022 general election.

However, he said PAS instead chose Bersatu, hoping or both to share power in the government.

Supreme Council member Puad Zarkashi, meanwhile said PAS must be ‘gentleman’ enough by handing over Perlis government to Bersatu since both parties are in Perikatan Nasional.

“Bersatu will not sack its five state reps who withdrew support for Perlis Menteri Besar. This is the time for Bersatu to administer the state,” he said in a FB posting.