Dua parti bekas ahli ingin sertai semula

UMNO menerima dua permohonan penyertaan secara en bloc, termasuk daripada Parti Ikatan Bangsa Malaysia (Ikatan) yang diterajui bekas ahli parti itu, Tan Sri Kadir Sheikh Fadzir.

Presidennya Datuk Seri Ahmad Zahid Hamid, berkata satu lagi permohonan melibatkan sebuah parti lain, namun enggan menamakan parti berkenaan.

Beliau berkata beliau sudah berbincang dengan Kadir yang menyatakan hasrat menyerahkan Ikatan untuk diserapkan ke dalam UMNO.
“Saya sudah bercakap dengan Tan Sri Kadir Sheikh Fadzir yang mahu menyerahkan partinya kepada kita untuk diserapkan,” katanya ketika menyampaikan ucapan penggulungan pada Perhimpunan Agung UMNO 2025 di sini, Ahad.
Ahmad Zahid berkata semua permohonan penyertaan itu akan diteliti Jawatankuasa Penyatuan Rumah Bangsa yang diumumkan penubuhannya semalam.
Beliau yang juga Timbalan Perdana Menteri turut mengumumkan pelantikan Naib Presiden UMNO Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin sebagai pengerusi jawatankuasa berkenaan bagi memastikan setiap permohonan diurus dan diputuskan mengikut peraturan dan Perlembagaan UMNO.
Mengulas kebimbangan ahli UMNO mengenai kemungkinan bekas ahli parti dicalonkan pada pilihan raya akan datang, Ahmad Zahid menegaskan keputusan muktamad terletak di bawah bidang kuasanya.
“Semalam, Datuk Seri Mohamad Hasan mengadakan dialog dengan beberapa ahli UMNO yang menyuarakan kebimbangan berkaitan perkara itu. Insya-Allah, saya masih Pengerusi Barisan Nasional yang akan menandatangani watikah pencalonan, jadi keputusan adalah di tangan saya.
“Walaupun kerusi berkenaan sebelum ini dimiliki mereka, sekiranya menyertai UMNO, saya tetap akan membuat keputusan mengenai calon yang akan bertanding,” katanya.
Semalam, ketika menyampaikan ucapan dasar Presiden, Ahmad Zahid mengumumkan penubuhan Jawatankuasa Penyatuan Rumah Bangsa bagi meneliti dan mempertimbangkan kemasukan semula serta penyertaan mana-mana individu atau kumpulan secara en bloc ke dalam UMNO.

Two splinter parties keen to rejoin Umno

UMNO president Ahmad Zahid Hamidi said the party had accepted two applications to join Umno en bloc.

Zahid said one was Parti Ikatan Bangsa Malaysia, led by Kadir Sheikh Fadzir, but he did not name the second party.

“I have talked to (Tan Sri) Kadir Sheikh Fadzir, who wants to hand his party to us to be absorbed,” he said in his winding-up speech at the 2025 Umno General Assembly here on Saturday, adding that the applications will be studied by the newly-announced Commitee on Uniting the Race.

Zahid, who is also a deputy prime minister, also announced that Umno vice-president Mohamed Khaled Nordin had been appointed to lead the committee to ensure that the applications are processed according to Umno’s constitution and regulations.

He allayed concerns by Umno members over the possible candidacy of former party members accepted back into the party, stating that any decision would be made by him in the future.

“Yesterday, (Datuk Seri) Mohamad Hasan had a dialogue with several Umno members who voiced their concerns about the matter (being election candidates). InsyaAllah, I am still the Barisan Nasional chairman who will sign the letters of appointment, so the decision is mine.

“If by chance the seats are theirs but they join us, I will be the one making the decision (on who will contest),” he said.