Donation for Tabung Perjuangan

UMNO Malaysia telah mewujudkan akaun khas melalui CIMB BERHAD , No akaun 86-0325726-6 atas nama UMNO – TABUNG PERJUANGAN sebagai usaha mengumpulkan dana kewangan parti.

Dana kewangan ini sangat penting bagi pelbagai tujuan, antaranya ; pentadbiran, aktiviti atau program, terutama bagi tujuan mengukuhkan parti. dan menghadapi sebarang bentuk pilihanraya di negara ini.

Justeru itu, ahli UMNO, penyokong dan orang ramai termasuk syarikat Korporat amat dialukan untuk membantu UMNO dengan cara menyumbangkan dana kewangan menerusi akaun yang diwujudkan ini.

Kita amat menggalakkan jika UMNO diperingkat Cawangan, Bahagian atau Negeri dapat mengadakan kutipan bagi disalurkan kepada tabung ini.

Semoga usaha ini dapat membantu UMNO kembali sebagai sebuah kerajaan.

“UMNO SEBUAH PERJUANGAN”

YB DATO’ DR SHAMSUL ANUAR NASARAH
Ketua Penerangan UMNO Malaysia


Leave a Reply

Your email address will not be published.