Penghakiman Mahkamah Persekutuan Timbul Reaksi Bercampur Baur… Wujud Kegusaran, Kekeliruan

Penghakiman Mahkamah Persekutuan baru-baru ini dalam kes Iki Putra Mubarrak v. Kerajaan Negeri Selangor dan Majlis Agama Islam Selangor [2020] oleh panel 9 hakim yang dianggotai oleh antara lain Ketua Hakim Negara dan Ketua Hakim Besar Malaya menimbulkan reaksi yang bercampur-baur dalam kalangan masyarakat.

Dari segi teknikal, persoalan utama dalam kes ini adalah berkenaan dengan kuasa DUN untuk membuat sebarang undang-undang jenayah Islam bagi perkara-perkara yang sudah disentuh atau digubal oleh Parlimen. Dalam konteks yang lebih spesifik, apakah cakupan Klausa Pengecualian iaitu Item 1, Senarai II, Jadual Kesembilan, Perlembagaan Persekutuan (Senarai Negeri).

Berpandukan persoalan spesifik tersebut, Mahkamah Persekutuan secara asasnya, memutuskan bahawa seksyen 28 Enakmen Jenayah Syariah Selangor (1995) adalah peruntukan undang-undang yang dibuat secara tidak sah oleh Dewan Undangan Negeri Selangor (DUN Selangor) kerana bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan, dan dengan yang demikian adalah TERBATAL.

Dalam kes ini, kesalahan dalam seksyen 28 Enakmen 1995 di peringkat negeri Selangor sudah wujud dan diperuntukkan di peringkat persekutuan dalam seksyen 377 dan 377A Kanun Keseksaan. Atas dasar itu, DUN Selangor tidak mempunyai bidang kuasa untuk menggubal s.28 tersebut. Malah, dalam penghakiman oleh Hakim Besar Mahkamah Malaya, cakupan kesalahan Syariah yang berada di bawah bidang kuasa DUN tertakluk hanya kepada kesalahan yang menyentuh aspek akidah, kesucian agama dan moral.

Maka, terdapat beberapa persoalan besar yang perlu diperhalusi kerana kesemuanya akan sangat mempengaruhi dan menentukan nasib serta kedudukan undang-undang jenayah Syariah selepas ini.

Pertama, apakah sebenarnya konteks kesalahan jenayah Syariah yang boleh digubal oleh DUN?

Biar pun terdapat definisi ringkas dalam penghakiman serta di dalam Perlembagaan Persekutuan, ia masih membuka banyak ruang interpretasi yang besar dan pelbagai. Lebih penting, konteks kesalahan dan jenayah Islam tidak hanya tertakluk kepada 3 cakupan sahaja dan kebanyakannya saling berkait dan rentas kategori..

Kedua, adakah ini bermakna kesemua peruntukan Enakmen Syariah di semua negeri akan perlu disemak untuk dipastikan bahawa kesalahan jenayah yang diperuntukkan di bawah enakmen-enakmen tersebut adalah harmoni dan tidak berada dalam cakupan/bidang kuasa Parlimen?

Ketiga, apakah yang akan berlaku kepada kesalahan jenayah Syariah yang berada di bawah cakupan Parlimen atau Senarai Persekutuan tetapi kita tidak mempunyai peruntukkan berkenaan dengannya di bawah undang-undang Persekutuan? Memandangkan DUN tidak boleh menggubal enakmen atau membuat peruntukan yang boleh menghukum perkara tersebut, adakah ini bermakna kesalahan jenayah Syariah tersebut boleh terus dilakukan secara bebas?

Sekiranya diteliti dengan lebih mendalam dan kritikal, adalah tidak pelik wujud kegusaran bahawa keputusan ini akan membangkitkan lebih banyak kekeliruan berhubung definisi undang-undang jenayah dan undang-undang jenayah syariah, … apakah perkara-perkara yang termasuk dalam Klausa Pengecualian, dan pelbagai implikasi yang melibatkan keharmonian Mahkamah Syariah dan Mahkamah Sivil serta kedudukan Enakmen Negeri dan Perlembagaan Persekutuan.

Dato Seri Utama Mohamad bin Haji Hasan

Federal Court judgement stirs mixed reaction, confusion

RECENT Federal Court ruling in the case of Iki Putra Mubarrak vs the Selangor State Government and the Selangor Islamic Religious Council [2020] by a panel of 9 judges comprising, among all the Chief Justice  of Malaya has raised many questions and mixed reactions among the community.
Technically, the case about the State Legislative power in making it a criminal law under the Islamic Act pertaining to matters that have been already been discussed or enacted by the Parliament. In a more specific context, what is the scope of the Exemption Clause which is Item 1, List II, Ninth Schedule and the Federal Constitution (State List).
Based on these specific questions, the Federal Court basically ruled that Section 28 of the Selangor Syariah Criminal Enactment (1995) is a provision of law made illegally by the Selangor State Legislative Assembly (DUN Selangor) because it is contrary to the Federal Constitution, and thus is CANCELED.
In this case, the offenses under Section 28 of the Enactment 1995 at the Selangor state level already exists and is provided at the federal level under Sections 377 and 377A of the Penal Code. On that basis, the Selangor DUN does not have the authority to formulate the S28. In fact, the judgment by Chief Justice of Malaya, the scope of Shariah offenses which are under the jurisdiction of the DUN is subject only to offenses under the aspects of faith, religious and moral purity.
So, there are some big questions that need to be refined because all of them will greatly influence and determine the fate and position of Shariah criminal law after this.
First , what exactly is the context of Shariah criminal offenses that can be enacted by the DUN?
Although there is a simple definition in the judgment as well as in the Federal Constitution, it still opens up a lot of rooms for great and varied interpretation. More importantly, the context of Islamic offenses and crimes are not only subject to 3 matters only and most of them are interrelated and cross-categories.
Second , does this mean that all provisions of the Syariah Enactment in all states will need to be reviewed to ensure that the criminal offenses provided for under those enactments are harmonious and not within the scope/jurisdiction of Parliament?
Third , what will happen to Shariah criminal offenses that are under the jurisdiction of Parliament or the Federal List as we do not have provisions under the Federal law? Since the DUN cannot enact a a law or make provisions that can punish the matter, does this mean that the Shariah criminal offenses can continue to be treated independently?
In depth, it is not uncommon to worry that this decision will raise more confusions over the definition of criminal law and Sharia criminal law.
Other matters are included in the Exemption Clause and the various implications involved the harmony of the Syariah Court and the Civil Court as well as the position of the State Enactment and the Federal Constitution.
DATO SERI UTAMA MOHAMAD HASAN
UMNO Deputy President