Keputusan PAU 2020 Berdasarkan Suara Pelbagai Peringkat, UMNO Ada Maruah Dan Nilai Diri

SAYA akui selama ini saya diminta untuk membubarkan UMNO. Parti ini sudah berusia 75 tahun dan jasanya buat agama, bangsa dan tanah air tidak ternilai.

Keputusan saya untuk tidak membubarkan UMNO menyebabkan saya kini berdepan laluan yang amat sukar.

Saya sedar saya antara ahli politik yang berdepan pertuduhan paling banyak di Malaysia. Itu antara harga yang perlu saya bayar sendiri.

Saya juga tahu, kedegilan itu menyebabkan saya tidak dilantik sebagai menteri. Tetapi, itu bukanlah perjuangan saya.

Perjuangan sebenar adalah tentang nasib agama, bangsa dan tanah air yang akan diteruskan. Jika menurut perintah bubarkan UMNO, semuanya akan musnah.

Ketika Persidangan Agung UMNO 2020 di PWTC pada Sabtu dan Ahad lepas saya mendapat mandat sepenuhnya daripada perwakilan serta akar umbi.

Mereka minta UMNO tarik sokongan kepada kerajaan PN. Mereka juga gesa Ahli Parlimen UMNO meletakkan jawatan Menteri, Timbalan Menteri dan Pengerusi GLC.

Keputusan yang saya lakukan ini adalah berdasarkan suara perwakilan, akar umbi dan ahli MKT UMNO.

UMNO ada maruah dan nilai diri. Kita bukan hamba untuk mereka buli dan ganyang.

DATO’ SERI DR AHMAD ZAHID HAMIDI
PRESIDEN

PAU2020 reflects the voice of majority

I ADMIT that I have been asked to dissolve UMNO. This 75 years old party has contributed much to the religion, race and country.

My refusal not to dissolve it has landed me in a very difficult situation. I am aware that I am one of the politicians slapped with the most charges in Malaysia. That is one of the prices I have to pay.
I also know that stubbornness had also caused me not to be appointed as a minister. But, that is not my ultimate struggle.
The real struggle is for the fate of religion, race and country. That will continue, no matter what, even to the extent of losing everything.
During the UMNO2020 General Assembly last Saturday and Sunday, I got a full mandate from the delegates as well as the grassroots.
They asked UMNO to withdraw support for the Perikatn Nasional government. They also urged UMNO MPs to resign as Minister, Deputy Minister and Chairman of the GLCs.
 I made the decision based on the voices of the delegates, the grassroots and members of the UMNO Supreme Council.
UMNO has its own dignity. We are not easily bullied and misled.
ZAHID HAMIDI
UMNO President