‘Total Lockdown’… Terima Kasih Dengar Suara Rakyat – Ahmad Maslan

KUALA LUMPUR, 29 Mei – Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan menzahirkan ucapan terima kasih kepada kerajaan kerana mendengar suara rakyat berhubung kebimbangan peningkatan angka jangkitan COVID-19.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Pontian berkata demikian berikutan pengumuman Sidang Khas Majlis Keselamatan Negara (MKN) Mengenai Pengurusan COVID-19 memutuskan untuk melaksanakan penutupan penuh atau total lockdown sektor sosial dan ekonomi fasa pertama di seluruh negara bagi tempoh 14 hari bermula 1 Jun ini.

“Terima kasih dengar suara rakyat. Total/full lockdown. Saya turut cadang tiga hari lalu, semalam dan hari ini, Susah dahulu senang kemudian.

“Berilah bantuan tunai kepada B40, moratorium bank dan sewa kepada M40 PKS, IKS, daftar vaksin secara automatik. Segerakan vaksinasi,” katanya dalam ciapan menerusi Twitternya, hari ini.

Terdahulu, Ahmad Maslan adalah adalah antara pemimpin yang menyuarakan agar kerajaan melaksanakan ‘total lockdown’ sebagai langkah bagi menurunkan angka jangkitan COVID-19 yang saban hari makin meningkat.

Sidang Khas Majlis Keselamatan Negara (MKN) Mengenai Pengurusan COVID-19 memutuskan untuk melaksanakan penutupan penuh atau total lockdown sektor sosial dan ekonomi fasa pertama di seluruh negara bagi tempoh 14 hari bermula 1 Jun ini.

Dilaporkan, Pejabat Perdana Menteri dalam kenyataan hari ini menjelaskan bahawa bermula 1 Jun semua sektor tidak dibenarkan untuk beroperasi kecuali sektor ekonomi dan perkhidmatan perlu yang akan disenaraikan MKN.

Keputusan ini dibuat selepas mengambil kira situasi terkini penularan COVID-19 di Malaysia dengan jumlah kes harian telah melebihi 8,000 kes dan kes aktif melebihi 70,000 kes. – UMNO Online

Thank you for listening, says Ahmad Maslan

KUALA LUMPUR, May 2 – Secretary-General Datuk Seri Ahmad Maslan thanks the government for listening to the people’s concern about the rising infection cases of Covid-1.

The Pontian Member of Parliament was commenting on the announcement by the National Security Council committee on Covid-19 to enforce total lockdown in the country beginning June 1st to 14.


“Thank you for listening to us. Full lockdown it is. I suggested it three days ago, yesterday and today. Let’s suffer now than later.

“Provide necessary assistance to the B40 group, bank moratorium and rental waiver to them, the PKS, IKS and an automatic vaccination registration. Speed up the vaccination,” he said on his Twitter account.

Ahmad was among few leaders who suggested for a total lockdown amid the daily spiraling new cases of Covid-19 infection.

The special announcement by MKN stated that the lockdown will come into force for 14 days beginning June 1st.

The Prime Minister Department in a statement today said all activities will take temporary leave except for economic and services sectors it would detail out later.

The decision was made after the new daily cases exceeded 8,000 with more than 70,000 active cases.