Pencapaian 100 Hari Keluarga Malaysia, Bukti Komitmen Kerajaan Kembali Landasan Ekonomi Negara – Shahril

KUALA LANGAT, 14 Dis – Pencapaian 100 hari Keluarga Malaysia membuktikan komitmen serta kredibiliti kerajaan dalam mencapai aspirasi yang digariskan terutama dalam fokus membantu rakyat, kata Ketua Penerangan UMNO Malaysia, Shahril Hamdan.

Jelas beliau lagi, ini mencerminkan bahawa kepimpinan yang diterajui oleh UMNO itu melakukan yang terbaik meskipun tidak sempurna namun telah menunjukkan prestasi positif dalam usaha mengembalikan landasan ekonomi negara.

“Saya melihat 100 hari pertama kerajaan Keluarga Malaysia yang dipimpin oleh Perdana Menteri Malaysia merangkap Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menunjukkan ada beberapa perkara yang perlu diperbaiki tetapi banyak juga pencapaian yang diraikan.

“Misalnya penambahan jumlah pekerjaan di dalam satu suku tahun ke suku yang terbaru, juga dari segi usahawan yang dibangunkan oleh Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi yang menterinya dipacu oleh UMNO serta penambahan pelaburan langsung asing (FDI) yang telah disahkan dan juga diluluskan naik lebih RM100 Bilion,” katanya kepada UMNO Online baru-baru ini.

Mengulas lanjut, Naib Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia itu juga malah mengakui pelbagai lagi cabaran yang perlu diteliti dan ditangani sebaiknya apatah lagi dengan krisis pandemik COVID-19 belum berakhir.

“Ini tidak sedikit pun menafikan bahawa di bawah masih lagi banyak cabaran, masih lagi banyak tekanan dari segi harga barang yang naik mendadak, pengangguran masih lagi 700 ribu ke atas dan perlu bersaing dengan negara lain untuk menaikkan ekonomi dan menarik pelaburan, ini adalah cabaran-cabarannya dan tidak ada satu parti politik boleh menafikan,” ujar beliau.

Tambah Shahril lagi, kerajaan sedia ada ini perlu dipertahankan kerana mengambil iktibar dengan di Melaka bahawa kestabilan politik ini menjadi enjin atau kunci bagi satu penyelesaian yang lebih tuntas.

“Selagi kerajaan Keluarga Malaysia berdiri dan mengharapkan kestabilan politik dapat dipertahankan sehingga memberi ruang kepada kerajaan mendapat pandangan dan panduan daripada kepimpinan parti yang duduk di luar kerajaan untuk sama-sama mengembleng tenaga dan usaha ke arah satu keberhasilan.

“Rakyat melihat banyak cabaran tetapi UMNO juga parti yang terbaik untuk berikan pengharapan kepada rakyat untuk selesaikan masalah ini,” katanya. – UMNO Online

Moving on the right economic track – Shahril

KUALA LANGAT, Dec 14 – ‘Keluarga Malaysia’s 100-day achievement is laudable as it moves on the right track to elevate the economic status of the nation and its people, said Information Chief Shahril Hamdan.

It also reflects how the Umno-led government is striving for its best to steer the country’s depleting economy into normalcy despite some hiccups from the past.

 

“I notice how the first 100 days of the government under Prime Minister Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob who is also Umno vice-president has shown some achivements and identifying areas to be further improved.

“For instance, the creation of more jobs in each quarter of the year, entreprenuership development under Umno minister and the increase in foreign direct capital (FDI) over RM100 billion,” he said.

Shahril also agreed that there are areas to be resuscitated as the result of the stagnant economy during the Covid-19 pandemic.

“No denying that there are still many challenges like the spiraling price of goods, unemployment which stood at over 700,000 and our competitveness level in competing with other countries in order to woo more foreign invesments,” he said.

As such, he said Malaysians must retain the current government by taking the cue from Melaka state election.

“As long as Keluarga Malaysia is there, we need to defend it for political stability and getting more feedback from the party in charting what is best for the nation. The people too is facing some challenges but as for now, it is Umno that secure and fight for them,” he said.