Isu NS: Bincang dengan PH minggu depan

UMNO dijadual mengadakan pertemuan dengan kepimpinan Pakatan Harapan (PH) seawal minggu depan bagi menangani kemelut politik yang melanda Negeri Sembilan ketika ini.

Setiausaha Agung UMNO, Datuk Wira Dr Asyraf Wajdi Dusuki, berkata mesyuarat tersebut diputuskan susulan resolusi Biro Politik UMNO yang mahu kedua-dua pihak duduk berbincang bagi menyelesaikan isu melibatkan dasar serta kedudukan parti dalam kerajaan negeri.

“Kita akan mengadakan pertemuan dalam minggu hadapan,” katanya kepada pemberita ketika ditemui selepas Majlis Sambutan 60 Tahun MARA di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur, hari ini.

Beliau mengulas ketegangan politik di Negeri Sembilan selepas timbul kenyataan yang membayangkan UMNO negeri itu bersedia bertindak sebagai pembangkang dalam kerajaan sedia ada.

Mengulas lanjut, Asyraf Wajdi berkata beliau setakat ini belum menerima sebarang penjelasan rasmi daripada kepimpinan UMNO Negeri Sembilan berhubung kenyataan tersebut.

“Saya belum menerima sebarang penjelasan daripada mereka kerana di peringkat pusat, Biro Politik telah pun membuat keputusan (untuk berunding dengan PH),” jelas beliau.

Tegasnya, sebarang perselisihan faham yang timbul perlu dirungkai dengan merujuk kepada kerangka perjanjian Kerajaan Perpaduan, termasuk menerusi platform sedia ada seperti Majlis Perundingan Pimpinan Kerajaan Perpaduan.

“Apa yang berlaku di Negeri Sembilan berkaitan persoalan dasar dan pendirian parti masing-masing.

“Kita mesti kembali kepada perjanjian dan persefahaman yang membentuk Kerajaan Perpaduan.

“Ia jelas memperuntukkan bahawa sekiranya timbul salah faham atau pertikaian, kita mempunyai platform untuk menyelesaikannya,” katanya.

Ditanya sama ada pertemuan minggu depan akan membincangkan pelantikan Menteri Besar baharu, Asyraf Wajdi berkata isu berkenaan melibatkan skop yang lebih luas dan tidak terhad kepada kedudukan individu semata-mata.

“Ada banyak aspek yang perlu dipertimbangkan. Itu (pelantikan Menteri Besar) mungkin salah satunya, tetapi saya boleh katakan isu di Negeri Sembilan bukan sekadar mengenai mana-mana individu.

“Ini menyentuh soal institusi. Ia juga melibatkan kedaulatan institusi diraja serta adat istiadat yang perlu difahami sepenuhnya oleh semua pihak,” tambah beliau.

 

NS crisis: Umno, PH to discuss next week

Umno and Pakatan Harapan (PH) will discuss the administrative crisis in Negeri Sembilan through the unity government leadership consultative council, which is scheduled to meet next week.

Umno secretary-general Asyraf Wajdi Dusuki said the issue surrounding the position of Negeri Sembilan menteri besar Aminuddin Harun will also be deliberated, Berita Harian reported.

He added that discussions with PH’s political bureau will cover several matters involving policy considerations and the respective positions of both coalitions in addressing the state’s crisis.

“What is happening in Negeri Sembilan relates to matters of policy as well as the stance of each party. So I believe we must return to the memorandum of understanding that underpins the formation of the unity government.

“Through this, when misunderstandings or disagreements arise, we have a proper platform, that is, the consultative council. We will meet next week.

“There are many aspects that need to be examined in this issue, as it does not merely involve individuals, but also the royal institution and customary practices,” he was quoted as saying.

Yesterday, Negeri Sembilan Umno chairman Jalaluddin Alias was reported as saying that the party would rather sit in the opposition than remain aligned with PH in the state administration, as it does not want to be implicated in the alleged wrongdoing by Aminuddin linked to issues of custom and the state constitution.