Kekalkan dua pertiga di Melaka – Zahid

KEJAYAAN Barisan Nasional (BN) memenangi majoriti dua pertiga pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka sebelum ini, wajib dipertahankan bagi memastikan kesinambungan pentadbiran negeri, kata Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Beliau berkata BN mempertaruhkan prestasi cemerlang kerajaan negeri pimpinan Ketua Menteri Datuk Seri Ab Rauf Yusoh sebagai faktor penarik atau “feel good factor”, bagi menghadapi PRN Melaka yang dijangka diadakan pada tahun ini.

“Perubahan dan kejayaan ini harus dipertahankan, ia mesti dijadikan ‘feel good factor’ bagi terus menggamit dukungan kepada calon-calon yang akan kita kemukakan (Pada PRN Melaka nanti),” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan Cawangan-Cawangan UMNO Seluruh Negeri Melaka 2026 di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC) Ayer Keroh, di Melaka hari ini.

Hadir sama Timbalan Presiden UMNO Datuk Seri Mohamad Hasan dan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Melaka Ab Rauf.

Ahmad Zahid yang juga Pengerusi BN berkata parti itu perlu menyantuni semua lapisan masyarakat, merangkumi 63 peratus pengundi Melayu dan 37 peratus pengundi bukan Melayu bagi mengekalkan mandat pentadbiran di negeri itu.

“Penyantunan ini wajib dilakukan bagi menyelaraskan prestasi yang telah diperlihatkan oleh kerajaan negeri dan kita mesti memperlihatkan prestasi dari segi parti politik untuk menggamit dukungan daripada pengundi-pengundi dari pelbagai kaum di negeri Melaka,” katanya.

Retain two-thirds in Melaka, says Zahid

BARISAN Nasional must retain its two-thirds majority in Melaka to ensure continuity in the state administration, says Umno president Ahmad Zahid Hamidi.

He said Barisan would leverage the strong performance of the state government led by Chief Minister Ab Rauf Yusoh as a ‘feel-good factor’ during the Melaka state polls, which is expected to be held this year.

“These achievements and progress must be maintained and used as a feel-good factor to continue attracting support for the candidates we will field,” he told reporters after officiating the 2026 Melaka Umno branches conference in Ayer Keroh here on Friday (April 17).

Also present were Umno deputy president Mohamad Hasan and Melaka Umno chairman Ab Rauf Yusoh.

Ahmad Zahid, who is also Barisan chairman, said Umno must engage all segments of society, comprising 63% Malay voters and 37% non-Malay voters, to retain its mandate in the state.

“This engagement is essential to align with the performance demonstrated by the state government and we must also show strong performance as a political party to gain support from voters of all races in Melaka,” he said.