Kita terbuka untuk berunding, kata Asyraf

UMNO terbuka untuk berunding dengan mana-mana parti menjelang PRN Johor akan datang, kata Setiausaha Agung Datuk Wira Dr Asyraf Wajdi Dusuki.

“Kami tidak pernah menutup pintu kepada mana-mana parti. Umno sentiasa terbuka untuk berunding dengan semua parti. Tiada isu,” katanya ringkas kepada pemberita selepas Persidangan Pendidikan Antarabangsa Mara di Klang, semalam.

Sebelum ini, terdapat gesaan supaya Barisan Nasional (BN) yang diterajui Umno bertanding solo pada PRN Johor akan datang, berbanding bekerjasama dengan sekutu kerajaan perpaduan, Pakatan Harapan (PH).

Kerajaan Johor ketika ini yang dipimpin oleh Menteri Besar, Dato Onn Hafiz Ghazi, terdiri sepenuhnya daripada Adun BN, manakala wakil PH berada di blok penyokong kerajaan dalam DUN.

Perdana Menteri Anwar Ibrahim, baru-baru ini menggesa PKR Johor supaya menggunakan saluran yang betul untuk berunding dengan sekutu mereka, khususnya Umno berkait PRN akan datang.

Presiden PKR itu mengakui parti berkenaan agak lemah di Johor dari segi kerusi DUN, namun berkata rundingan juga perlu mengambil kira kekuatan sokongan PKR di peringkat Parlimen.

BN membentuk kerajaan Johor selepas PRN 2022 dengan memenangi 40 daripada 56 kerusi yang dipertandingkan. PH memenangi 12 kerusi, dengan DAP memperoleh 10 kerusi manakala PKR dan Amanah masing-masing satu kerusi.

Setiausaha Umno Johor, Abdul Halim Suleiman sebelum ini berkata BN Johor berhasrat mempertahankan semua 40 kerusi yang dimenanginya pada 2022 walaupun bekerjasama dengan PH.

Beliau juga berkata BN bersedia bertanding semua 56 kerusi negeri sekiranya memutuskan untuk bergerak secara solo.

We are open to negotiation, says Asyraf

UMNO is open to negotiations over seat allocations, says its secretary-geneal Asyraf Wajdi Dusuki.

He was responding to Johor PKR chief Dr Zaliha Mustafa, who said the party is ready to negotiate with Umno over seat allocations for the upcoming state polls.

“We are not going to close the door on any negotiations with any parties. Umno is always open to negotiations with any party. It is not a problem,” he told reporters after officiating at the closing ceremony of the MARA International Education Conference (MIEC) 2026 on Wednesday (April 8).

On April 6, it was reported that Zaliha said any cooperation must be cordial to ensure political stability and secure victories for both allies in the federal government.

On a separate matter, Asyraf Wajdi said that if there is any escalation of the conflict in the Middle East, Mara is ready to bring back its students studying in the region and surrounding areas.

“We are always on alert and vigilant. That’s why we are in close contact with Wisma Putra,” he said, adding that they have students in Georgia and Egypt, among other countries.

“We have evacuation plans ready, which we will coordinate with Wisma Putra (if needed),” he added.