KJ serah surat rayuan untuk kembali semula

BEKAS Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin menyerahkan surat rayuan untuk kembali bersama UMNO pada Ahad.

Perkembangan itu dikongsikan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi di Facebooknya pada Isnin.

“Alhamdulillah, dalam keberkatan malam ke-26 Ramadan semalam, saya menerima kunjungan saudara Khairy Jamaluddin yang hadir menyerahkan surat rayuan untuk kembali bersama UMNO.

“Inilah antara makna sebenar Rumah Bangsa, sebuah ikhtiar untuk menemukan semula yang pernah berpisah, merapatkan kembali yang pernah berjauhan dan menghimpunkan semula kita dalam satu keluarga besar perjuangan,” katanya.

Ujarnya, secara peribadi beliau telah menerima permohonan tersebut dan akan dipanjangkan kepada Jawatankuasa Penyatuan Rumah Bangsa yang dipengerusikan oleh Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin untuk diperhalusi dan diperakukan sewajarnya.

“Dalam perjalanan perjuangan ini seperti yang sering saya sebut – biduk lalu, kiambang bertaut, yang lebih utama ialah mencari jalan penyatuan, bukan membiarkan perpecahan terus memisahkan kita.

“Mudah-mudahan Rumah Bangsa menjadi asas untuk kita mempertemukan semula hati-hati yang pernah terpisah, memperkukuh saf perjuangan dan mengembalikan kekuatan UMNO sebagai induk politik orang Melayu dan umat Islam di tanah air ini,” katanya.

Khairy sebelum ini secara terbuka mengumumkan hasrat untuk kembali menyertai parti itu menerusi agenda Rumah Bangsa.

Khairy yang dipecat UMNO empat tahun lalu itu melihat kenyataan Ahmad Zahid yang membuka pintu penyatuan tanpa syarat sebagai perkembangan positif dan peluang murni buat dirinya.

 

KJ submits appeal letter to come back

UMNO president Ahmad Zahid Hamidi has received Khairy Jamaluddin’s request to return to the party.

In a Facebook post on Monday (March 16), Ahmad Zahid said he personally accepted the application from the former Umno Youth chief and would forward it to the Rumah Bangsa initiative unity committee for review and consideration.

The committee is chaired by party vice president Mohamed Khaled Nordin.

“Rumah Bangsa is an effort to reunite those who were once apart, strengthen the bonds that have weakened, and bring us together as one large family of struggle,” Ahmad Zahid wrote.

He said that the priority was to find ways to unify the party rather than allow divisions to continue.

“What matters most is finding the path to unity, not letting differences separate us,” he added.

In a statement issued in response to reports of his recent visit, Khairy said he was received by Zahid in the spirit of the party’s “Rumah Bangsa” initiative.

“Insya’Allah, I’m coming home,” he said.

“With the president’s magnanimity, he has welcomed me back to my old home, he only home I have ever known,” Khairy said.

He confirmed that he has officially appealed for his expulsion to be revoked and for his original membership number to be reactivated, with the final decision resting with the Umno Supreme Council.

“I do not ask to return to this vessel of the nation with any conditions, personal ambitions or demands. It is enough for me to be given the chance to be an ordinary crew member,” he stated.