Melayu Berpecah?

Melayu berpecah? Memang betul berpecah. Namun siapa yang menjadi punca perpecahan ini. Dari parti UMNO lahir Semangat 46, timbul PKR, dan wujud BERSATU. Bukankah semua parti ini wujud kerana Tun Mahathir? Justeru parti UMNO berpecah kerana siapa?

Hari ini Tun kata Kerajaan PH tiada kekuatan kemelayuannya. Ini juga salah siapa? Bukankah Tun juga yang meruntuhkan kuasa UMNO BN yang kuat Melayunya kerana dendam kesumat menebal dalam diri Tun? Kemudian memenangkan Dap yang benci Melayu?

Janganlah Tun berterusan salahkan Melayu kerana malas dan tidak mahu rebut peluang. Kelemahan yang ada pada sebahagian orang Melayu juga kerana kelemahan Tun sewaktu 22 tahun sebagai PM ketika bersama BN dan sekarang bersama PH. Kalau ada orang Melayu yang gagal, itu juga aebahagian kelemahan Tun yang diberikan kuasa untuk membina kekuatan orang Melayu dan rakyat dalam negara ini.

Kongres Maruah Melayu ini, akan terus tinggal kongres. Tiada sesuatu yang dapat mengubah keadaan jika Tun terus amalkan sikap dan tindakan yang rugikan orang Melayu dan bumiputra. Kuasa di tangan Tun. Gunakanlah. Bercakap saja tidak cukup.

Dan rakyat menanti perlaksanaan Resolusi yang dikemukakan. Ia ukuran kepada kongres ini.

Namun dalam situasi sekarang MUAFAKAT NASIONAL adalah yang terbaik untuk orang Melayu serta rakyat Malaysia.

YB DATO’ DR SHAMSUL ANUAR NASARAH
Ketua Penerangan UMNO Malaysia
6 Oktober 2019


Leave a Reply

Your email address will not be published.Required fields are marked *