Penyatuan Hebat UMNO PAS: Dap Pasti Tak Tidur Lena

Sekiranya kerajaan DAP melihat UMNO dan PAS di Terengganu sehebat ini, pasti mereka tidak tidur lena dan terketar-ketar.

Sebelum ini terlalu banyak khabar angin yang mengatakan UMNO dan PAS Terengganu sukar untuk mencapai kata sepakat, namun semuanya terbukti salah.

Stadium Negeri dipenuhi dengan ahli kedua-dua parti menjayakan program Himpunan Penyatuan Ummah peringkat negeri Terengganu semalam.

Sebab itulah kerjasama UMNO dan PAS harus dikekalkan! Jangan ungkit lagi cerita lama kerana sekiranya diungkit, sampai bila pun tidak selesai dan akhirnya akan berpecah dan inilah yang mereka mahukan.

Kita tidak boleh biarkan kerajaan DAP terus memerintah. Jika mereka kekal pada pilihan raya akan datang, percayalah Islam dan Melayu tidak akan dapat kita pertahankan dan Islam akan terus dipinggirkan dari negara ini.

Terbukti apabila mereka cuba menerapkan ideologi komunis dikalangan pelajar melalui pengedaran buku komik yang mempromosikan ideologi komunis.

Kalau kita tidak tentang isu ini di Parlimen, sudah tentu ia akan terus tersebar. Begitu juga hubungan mereka dengan LTTE.

Dulu mereka kata kalau UMNO dan PAS bekerjasama maka akan wujud pemerintahan seperti Taliban tapi rupanya mereka yang menaja pengganas sehingga ada EXCO mereka ditangkap.

Hari ini pemimpin DAP desak kerajaan haramkan SOSMA hanya kerana pemimpin mereka ditangkap. Ini bermakna jangan tangkap pemimpin mereka walau ada hubungan dengan pengganas.

Inilah rupa kerajaaan yang ada!

Sekarang kita lihat Islam diancam, umat Melayu diancam, hak orang Melayu diancam dan penghinaan kepada Islam dilakukan secara terbuka.

Semua ini tidak pernah berlaku dahulu tetapi ia berlaku selepas kerajaan Melayu Islam tumbang selepas Mei 2018.

Sebab itulah semua umat Melayu dan Islam mesti bersatu dibawah Muafakat Nasional UMNO-PAS ini bagi memastikan kedaulatan Islam dan ketuanan Melayu dapat dipertahankan untuk kekal selama-lamanya.

– HIMPUNAN PENYATUAN UMMAH PERINGKAT NEGERI TERENGGANU, 25 OKTOBER 2019.

#bubarparlimen

Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob
Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia
Naib Presiden UMNO


Tinggalkan Balasan

Your email address will not be published.