Saya berkali kali ditanya para wartawan berhubung perkara ini, yang berlaku khamis lalu di Parlimen. Ia juga menimbulkan berbagai polemik kalangan pelbagai pihak.
Pertama, kita MENGHORMATI pendirian Ahli Parlimen Pas yg disampaikan melalui KETUA WHIP mereka YB DATO TAKIYUDIN HASSAN sewaktu membahaskan Belanjawan 2020 khamis lepas. Pas tentunya punya alasan tersendiri dan berhak berbuat demikian.
Kedua, berikutan itu, enam orang ahli Parlimen UMNO telah mengadakan sidang media dan menyatakan pendirian/pandangan mereka menyokong YAB PM, meneruskan tugasnya sehingga tamat PENGGAL.
Ketiga, berhubung perkara tersebut, seperti ditegaskan YB PRESIDEN UMNO, tindakan 6 MP itu adalah bersifat PANDANGAN PERIBADI masing masing kerana UMNO BELUM MEMBUAT APA-APA KETETAPAN MENGENAINYA.
Keempat, buat masa ini UMNO BELUM berhasrat memutuskan APA-APA KETETAPAN kerana ia dianggap masih terlalu “premature”. Soal peralihan kuasa PM7 kepada PM ke8 adalah urusan dalaman PH dan boleh ditentukan oleh 138 ahli Parlimen mereka.
Kelima, hanya sekiranya PH gagal MENCAPAI konsensus SESAMA mereka, barulah wujud keperluan blok pembangkang membuat pendirian. Bagi tujuan tersebut MKT akan berunding terlebih dahulu, parti komponen BN akan DIRUJUK, dan Pas sebagai rakan MUAFAKAT NASIONAL akan kita sepakati sebelum apa apa pendirian dibuat.
Kelima, keputusan parti akan disampaikan kepada AHLI PARLIMEN BN melalui KETUA WHIP BN, DS MAHZIR KHALID.
Keenam, Insyaallah, apa jua keputusan parti nanti IANYA BERUPA KEPUTUSAN “EN BLOC” dan akan dipatuhi oleh semua Ahli Parlimen BN.
Ketujuh, sebagai parti yang bertanggungjawab dan pembangkang yang berwibawa, UMNO mengambil sikap MENGHORMATI INSTITUSI PERDANA MENTERI, serta peranan kerajaan semasa dan mahukan kedua-duanya berfungsi dengan baik dan mengutamakan kepentingan rakyat, AGAMA, BANGSA DAN TANAH AIR.
UMNO komited untuk terus berjuang demi rakyat bersama rakan komponen BN dan PAS serta semua parti di blok pembangkang.
Saya menyeru semua pihak agar tidak terlalu cepat membuat telahan atau konklusi, sebelum tiba masanya kita diperlukan berbuat demikian.
SELAMAT MENYAMBUT DEEPAVALI KEPADA SEMUA RAKYAT BERAGAMA HINDU
TAN SRI ANNUAR MUSA
SETIAUSAHA AGUNG UMNO
AHLI PARLIMEN KETEREH