TINDAKAN Kerajaan meminda Ordinan Darurat untuk memberikan kuasa kepada kerajaan menambah perbelanjaan tanpa melalui Dewan Rakyat atau Dewan Undangan Negeri adalah sangat membimbangkan.
Darurat tidak boleh mengenepikan akauntabiliti dan ketelusan dalam apa juga keadaan sekalipun.
Keabsahan tindakan pindaan Ordinan tersebut tidak semestinya memberikan ia legitimasi moral.
Sesuatu yang sah dalam darurat mestilah juga sesuatu yang dipandu dan diputuskan dengan nilai, moral dan prinsip.
Apa lagi bila ia melibatkan perbelanjaan dana awam. Tiada keadaan walau serumit dan sesukar mana sekalipun, wajar melepaskan kerajaan dari ‘rigorous scrutiny’ dalam membelanjakan wang rakyat dan hasil negara.
Kerajaan kita masih lagi adalah kerajaan awam dan bukannya sebuah Kerajaan junta tentera. Maka bertindaklah dengan norma dan tatakelola yang sesuai dengan sifat sebuah kerajaan awam.
Malah semasa dalam kedudukan darurat lah, Kerajaan mesti lebih berhati-hati dan bertanggungjawab dalam membelanjakan hasil negara kerana kelumpuhan mekanisme semak dan imbang serta perlembagaan yang tidak berfungsi.
Perdana Menteri mesti dengan segera melakukan perkara yang betul dan sewajarnya untuk negara ini dan kepentingan demokrasi Malaysia. Malaysia dan rakyatnya wajar mendapat kewibawaan yang lebih baik dari pemerintah
DATO’ SERI UTAMA MOHAMAD BIN HAJI HASAN
TIMBALAN PRESIDEN