DR AHMAD Zahid Hamidi berkata kemelut politik Sabah memerlukan tempoh bertenang agar semua pihak dapat mencari titik persamaan dan penyelesaian.
Bercakap di Kota Kinabalu selepas mempengerusikan mesyuarat khas Umno negeri itu, beliau memohon semua pihak supaya tidak mengeluarkan sebarang interpretasi, spekulasi atau kenyataan bercanggah bagi memastikan usaha mencari penyelesaian itu berjalan lancar.
“Biarlah kita mencapai situasi menang-menang, terutamanya untuk rakyat Sabah sendiri. Tidak ada perkara yang tidak boleh diselesaikan,” katanya.
Pada 6 Januari, pengerusi Umno/BN Sabah, Bung Moktar Raden mengumumkan menarik sokongan daripada Pengerusi Gabungan Rakyat Sabah (GRS), Datuk Seri Hajiji Noor sebagai Ketua Menteri yang didakwanya melanggar perjanjian membentuk kerajaan Sabah selepas Pilihan Raya Negeri Sabah Ke-16 pada 2020.