PENGERUSI Badan Perhubungan Umno Terengganu, Ahmad Said menolak dakwaan kononnya jentera parti negeri itu akan memprotes calon Pakatan Harapan (PH) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) tidak lama lagi.
Beliau berkata, setakat ini, pihaknya juga tidak pernah mendengar dakwaan protes calon PH itu sebelum ini.
Sebaliknya, menurutnya, Umno Terengganu akan tetap mengadakan kerjasama dengan PH bagi menghadapi PRN.
“Dakwaan protes (calon PH) itu tak ada, setakat ini saya tak dengar cerita pun. Kerjasama kami baik.”