Naratif Tun M berulang-ulang, kata Khaled

NAIB presiden, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin menyifatkan dakwaan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad bahawa UMNO menjadi punca perpecahan orang Melayu sebagai satu naratif yang berulang dan tidak perlu diulas panjang.

Ahli Parlimen Kota Tinggi itu berkata, tuduhan tersebut telah lama dibangkitkan dan sering diulang oleh bekas Presiden UMNO berkenaan.

“Dia daripada dulu memang kata macam-macam, jadi tak perlu nak ulas. Tepuk sebelah tangan tak boleh bunyi,” katanya pada sidang akhbar selepas Sungai Gembut, Tanjung Sedeli, Sabtu lalu.

Rabu lalu, Dr Mahathir mendakwa perubahan perjuangan UMNO antara faktor yang membawa kepada perpecahan dalam kalangan orang Melayu.

Menurutnya, masih ramai ahli kekal dalam UMNO walaupun mendakwa parti itu telah berubah daripada perjuangan asalnya sebagai parti kebangsaan kepada parti yang mengejar kekayaan.

Mengulas mengenai permohonan bekas pemimpin UMNO lain untuk menyertai Rumah Bangsa, termasuk Datuk Seri Hishammuddin Hussein dan Khairy Jamaluddin, Mohamed Khaled berkata, perkara itu akan dimaklumkan dalam Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO pada 17 April ini.

 

 

Dr M’s narrative is repetitive, says Khaled

FORMER prime minister Dr Mahathir Mohamad’s accusations against Umno for dividing the Malays is nothing new, says Mohamed Khaled Nordin.

The Defence Minister and Umno vice-president said the veteran statesman’s remarks were a “repetitive narrative”.

“He has always said similar things even from before so there is no need to comment,” he said, adding that it takes two to tango so he does not want to comment further.

He said that in Kota Tinggi on Saturday.

He denied that his move caused disunity within the Malay community, noting that while many chose to remain in Umno, others left but did not join Bersatu, leading to further split in support.

Meanwhile, when asked what would be discussed in the upcoming Umno supreme council meeting next Friday (April 17), Mohamed Khaled said he has not received the meeting agenda yet.