No appeal letter from KJ yet, says Zahid

UMNO president Ahmad Zahid Hamidi says the party has yet to receive an appeal letter from its former youth chief Khairy Jamaluddin against his sacking in January 2023.

“Not yet, I haven’t received it,” Zahid said briefly when met by reporters in Putrajaya today after a dialogue session with state-level stakeholders on the rural and regional development ministry’s 2026 budget.

FMT understands that Khairy recently sent the letter through his aide.

Khairy, the former health minister and three-term Rembau MP, was sacked from Umno in January 2023 for breaching party discipline during the 15th general election.

On July 6, Khairy said he would think about Umno Youth chief Dr Akmal Saleh’s offer to help facilitate his return to the party.

Akmal had said he was open to facilitating the return of suspended and sacked Umno leaders such as Khairy, Hishammuddin Hussein, and Shahril Hamdan.

KJ belum hantar surat rayuan, kata Zahid

PRESIDEN UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan beliau masih belum menerima sebarang surat rayuan daripada mantan Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin (KJ) yang dipecat keahliannya daripada parti itu pada Januari 2023.

Bercakap kepada pemberita selepas menghadiri Dialog Tertutup Belanjawan 2026 Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) bersama pihak berkepentingan di Dewan Seri Lestari Putrajaya hari ini, Zahid ringkas menjawab: “Belum, saya belum terima lagi.”

Sebelum ini, sumber memaklumkan Khairy telah menghantar surat rayuan berkenaan melalui salah seorang pegawainya baru-baru ini.

Khairy yang juga bekas Ahli Parlimen Rembau dan bekas Menteri Kesihatan dipecat daripada UMNO pada awal 2023 kerana didakwa melanggar disiplin parti.

Pada 6 Julai lalu, beliau menyatakan kesediaannya mempertimbangkan tawaran Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Dr Akmal Saleh untuk membantu memudahkannya kembali ke pangkuan parti.

Dr Akmal sebelum ini dilaporkan sedia menjadi jambatan bagi membawa semula beberapa pemimpin yang digantung atau dipecat, termasuk Khairy, bekas Naib Presiden UMNO Datuk Seri Hishammuddin Hussein dan bekas Ketua Penerangan UMNO Shahril Hamdan.