Pemuda Umno, Amanah berebut kerusi

KETEGANGAN makin memuncak antara Pemuda Umno dan Amanah apabila parti itu menuntut pembahagian kerusi yang lebih adil untuk ditandingi pada pilihan raya negeri Melaka dan Johor akan datang, berbanding menggunakan formula “penyandang” (incumbency) gabungan Madani.

Hubungan antara Pemuda Umno dan Amanah dilihat kian memburuk, selepas Amanah menuntut pembahagian kerusi yang lebih adil pada pilihan raya negeri Melaka dan Johor akan datang, berbanding menggunakan formula “penyandang”.

Terdahulu hari ini, Pengarah Komunikasi Amanah, Khalid Abdul Samad, mencadangkan jika BN dan PH bertanding di bawah kerajaan perpaduan di Melaka dan Johor, pertimbangan menyeluruh mengenai agihan kerusi serta rundingan perlu dibuat bagi memastikan keadilan dan kesaksamaan.

Menekankan kebanyakan kerusi DUN di kedua-dua negeri itu dipegang BN, Khalid berkata keutamaan kepada calon penyandang tidak lagi sesuai kerana ia boleh menjejaskan keadilan dalam gabungan, khususnya dalam kalangan komponen PH.

“Kalau kita terus guna dasar incumbent (penyandang), ia jelas tidak adil. Kami berharap Umno dan BN bersikap terbuka untuk menyerahkan sebahagian kerusi yang disandang kepada rakan dalam kerajaan,” katanya seperti dipetik Sinar Harian.

BN memenangi majoriti dua pertiga semasa PRN di kedua-dua negeri itu pada 2021 dan 2022, didorong oleh kadar keluar mengundi yang rendah.

Bagaimanapun, BN mencatatkan prestasi kurang memberangsangkan pada PRU15, apabila tidak menang sebarang kerusi Parlimen di Melaka, manakala PH dan PN masing-masing menang tiga kerusi.

Di Johor, PH dan sekutunya ketika itu, Muda, menang 14 kerusi, PN dua kerusi, manakala BN menang sembilan kerusi Parlimen.

DUN Melaka akan terbubar secara automatik pada Disember ini, dengan pilihan raya dijangka diadakan selewat-lewatnya Februari. Terdapat spekulasi yang PRU akan dilaksanakan ketika itu bagi menyelaraskan semula pilihan raya peringkat Parlimen dengan negeri di Semenanjung.

Menjawab kenyataan Khalid, Ketua Pemuda Umno, Dr Akmal Saleh — yang juga Adun Merlimau di Melaka — mencadangkan agar kedua-dua parti itu bertembung.

“Tidak perlu acah-acah nak bagi amaran. Ingat kami ini siapa, nak bagi amaran bagai? Lawan saja, sembang apa,” katanya dalam kenyataan di Facebook.

Sementara itu, Ketua Pemuda Umno Johor, Noor Azleen Ambros – sebagai respons kepada Aminolhuda – turut mencabarnya agar menamakan calon Menteri Besar Johor daripada Amanah jika parti itu benar-benar berhasrat mencabar sekutunya.

“Kita bersedia untuk berdepan sesiapa sahaja di Johor,” katanya seperti dipetik Free Malaysia Today.

Katanya, Umno Johor mengalu-alukan sebarang kerjasama politik namun “lebih daripada bersedia” untuk bertanding secara solo.

Sebelum ini, Amanah Johor beberapa kali menyuarakan tuntutan atau menyatakan kesediaan untuk bertanding di 40 kerusi yang kini dipegang BN.

 

Umno Youth, Amanah butt heads over seats

TENSIONS are rising between Umno Youth and Amanah, as the latter seeks a more equitable share of seats to contest in the next Malacca and Johor state elections instead of using the Madani coalition’s “incumbency” formula.

Yesterday, Amanah communications director Khalid Abdul Samad suggested that if BN and Pakatan Harapan were to contest under the coalition government in Malacca and Johor, thorough consideration over seat allocations and negotiations must be taken into account to ensure fairness and equity.

Ongoing tensions between Umno and Amanah have spread beyond Johor and Malacca, with Kedah Amanah now being the latest to announce its likelihood of contesting solo in the upcoming 16th general election.

The party’s Kedah bureau said today that they have taken note of the state Umno and BN chapters’ similar inclination, and that they have chosen to respect this decision.

In his statement, Khalid suggested that should BN and PH contest under the Unity Government in Melaka and Johor, consideration must be given to the fair allocation of seats.

While acknowledging that BN controls the seats in both states, he said that priority to ‘incumbents’ is no more valid as it can sour relations among parties in the government.

BN won two-third majority in both states in the 2021 and 2022 elections.

The Melaka assembly dissolves automatically in December.

In his FB posting, Pemuda Umno chief Dr Akmal Saleh chided Khalid.

“No need to give warnings. What do you think of us? Just fight, no talking,” he said.