PM sahkan terima nota bantahan UMNO

PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengesahkan telah menerima nota bantahan daripada UMNO yang menyatakan bantahan terhadap bekas ahlinya menyertai parti lain dalam Kerajaan Perpaduan.

Nota itu muncul susulan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz, yang juga bekas ahli UMNO mengumumkan penerimaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) terhadap permohonan keahliannya.

Perdana Menteri berkata, beliau akan membuat semakan status surat itu dengan Setiausaha Agung PKR, Fuziah Salleh.

“Surat itu sudah lama (diterima). Saya kena semak dengan Setiausaha Agung,” katanya ringkas ketika ditemui pemberita selepas menghadiri Majlis Perhimpunan Kementerian Kewangan bersama Perdana Menteri, hari ini.

Tiga hari lalu, Ketua Penerangan PKR, Datuk Fahmi Fadzil mengesahkan bahawa parti komponen Pakatan Harapan (PH) itu telah menerima nota bantahan UMNO dan mesyuarat jawatankuasa pusat PKR akan membincangkan perkara itu pada akhir bulan ini.

Fahmi yang juga Jurucakap Kerajaan Perpaduan turut mengesahkan Setiausaha Agung PKR telah menerima dan memanjangkan surat itu kepada pimpinan parti.

Pada 13 Ogos lalu, Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki berkata, parti itu akan menyampaikan nota bantahan kepada pemimpin parti dalam Kerajaan Perpaduan yang sedang mempertimbangkan, atau sudah membenarkan, bekas ahli UMNO masuk ke dalam parti mereka.

Asyraf kemudian berkata bahawa nota bantahan itu mewakili ‘amaran keras’ kepada komponen Kerajaan Perpaduan yang lain, memberi amaran bahawa hubungan dalam gabungan boleh menjadi rumit jika perkara itu tidak ditangani dengan sewajarnya.

Sebelum ini, Fuziah mengesahkan bahawa Tengku Zafrul telah diterima sebagai ahli PKR dan parti itu telah meluluskan permohonan keahlian bekas ahli UMNO itu semasa mesyuarat jawatankuasa pimpinan pusat pada 26 Julai lalu.

 

PM confirms receiving Umno’s protest note

PKR President Anwar Ibrahim reportedly said today that he will consult party secretary-general Datuk Fuziah Salleh after Umno sent a protest note over its members jumping over.

New Straits Times also reported the prime minister confirming the receipt of the letter today, echoing remarks by other party leaders.

“We received the letter some time ago. I will check with the secretary-general,” he told reporters on the sidelines of the Finance Ministry’s monthly assembly here.

Previously, PKR information chief Fahmi Fadzil had confirmed that the party has received the latter and its central leadership council will review the matter by the end of the month.

Last week, Umno said it will protest against any of its allies in the government who have allowed or planning to take its members to join their ranks.

Its secretary-general Asyraf Wajdi Dusuki warned that such a move will lead to a rift within the government coalition.

This comes after Supreme Council member and Kota Raja Umno chief Tengku Zafrul Abdul Aziz announced his resignation from Umno and expressed his intention to join PKR on May 30.

Tengku Zafrul said earlier this month his application to join PKR has since been approved and he is now a member of the Ampang division.