PRN Sabah: Tumpu kawasan boleh menang

BARISAN Nasional (BN) kini menggerakkan kesiapsiagaan jentera pilihan raya di kesemua 73 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah sebagai persediaan menghadapi Pilihan Raya Negeri ke-17 (PRN17) akan datang.

Pengerusi BN Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata ketika ini, BN sedang menghalusi kawasan DUN yang berpotensi dimenangi pada PRN17.

“Kesiapsiagaan jentera di seluruh 73 DUN di Sabah telah kita gerakkan sekian lama dan kita sedang melihat kawasan-kawasan tumpuan yang akan kita berikan fokus di Sabah,” katanya selepas menghadiri perhimpunan bulanan Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) di Putrajaya, semalam.

Ditanya mengenai rundingan antara BN dengan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) untuk PRN17, Ahmad Zahid berkata rundingan berkenaan masih belum dimuktamadkan.

“Kita telah memantapkan dan memuktamadkan rundingan dengan Pakatan Harapan (PH), tetapi rundingan dengan GRS belum dimuktamadkan.

“Kita menghormati kerjasama antara PH dengan GRS, yang penting ialah soal kemenangan. Jadi, kita lebih tumpukan kepada kerusi-kerusi yang kita boleh menang dan itulah tumpuan kita,” katanya.

Mengikut peruntukan, DUN Sabah ke-16 akan terbubar secara automatik pada 11 Nov ini sekiranya tidak dibubarkan lebih awal, sekali gus membuka laluan kepada PRN17.

Sebelum ini, Ketua Sekretariat Kerajaan Perpaduan Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki dan Setiausaha Agung PH Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail dalam satu kenyataan bersama mengesahkan kesepakatan PH dan BN untuk bekerjasama dalam menghadapi PRN Sabah.

Sabah state election: Focus on winnable seats

BARISAN Nasional (BN) chairman Ahmad Zahid Hamidi said that the coalition’s focus in the upcoming Sabah state election will be on winning seats it can realistically secure.

“What is important is victory. So we are focusing more on the seats that we can win, and that is our objective,” he told reporters after the Rural and Regional Development Ministry’s monthly assembly here today.

Zahid, who is also deputy prime minister, said that while negotiations on seat allocations with Pakatan Harapan (PH) had been finalised, discussions with Gabungan Rakyat Sabah (GRS) were still ongoing.

“We respect the cooperation between PH and GRS,” he said.

He said BN’s election machinery had long been mobilised across all 73 constituencies, with focus now shifting to key areas.

“Our position is that we will not use any other symbol during the election; we will continue to use the Barisan Nasional symbol,” he added.

In August, the GRS supreme council endorsed working with PH. GRS secretary-general Masidi Manjun said the GRS-PH partnership had greatly helped stabilise politics in Sabah and enabled the state government to concentrate on development efforts.