UMNO Mengalu-Alukan Kenyataan KP SPRM, Latheefa Koya

UMNO MENGALU-ALUKAN KENYATAAN KETUA PESURUHJAYA SPRM, PUAN LATHEEFA KOYA

Kenyataan Ketua Pesuruhjaya SPRM bahawa semua responden dalam kes PERLUCUTAN HAK SIVIL yang baharu di pohon SPRM kepada Mahkamah Rabu lalu boleh memfailkan Afidavit Balas, adalah dialu-alukan dan memberi gambaran yang tepat dari segi proses undang-undang.

Kenyataan itu penting dan wajar kerana terdapat beberapa pihak yang jelas tidak memahami prosedur undang-undang, malah cuba mempolitikkan isu berkenaan.

Isu ini bukan isu politik. Ia isu perundangan dan UMNO sedang dan akan terus memberi kerjasama kepada SPRM serta menghormati RULE OF LAW.

Sekali lagi kita tegaskan bahawa UMNO sebagai sebuah parti politik berdaftar tidak pernah berurusan dengan 1MDB, apalagi utk menerima wang dari syarikat tersebut secara yang salah di sisi undang-undang.

Malah saperti rakyat Malaysia yang lain,kita menanti nanti proses undang-undang yang sedang berjalan berkaitan isu ini. Kita mengharapkan proses itu berjalan secara adil dan mematuhi prinsip RULE OF LAW serta PELAKSANAAN SISTEM KEHAKIMAN YG BEBAS DAN BERINTEGRITI. Semua pihak harus menghormati prinsip tersebut.

Justeru, seperti yang disebut Puan Latheefa Koya, UMNO akan memfailkan Afidavit Balas di mahkamah. Satu pasukan peguam sudah pun dilantik bagi tujuan tersebut.

Saya sendiri selaku Setiausaha Agung sudah membaca afidavit yang difailkan oleh SPRM dan memahami asas-asas yang digunakan mereka. UMNO tidak mempunyai sebarang masaalah untuk memfailkan Afidavit Balas, bahawa wang UMNO dalam akaun yang kini disita dan mahu dilucuthak itu ADALAH WANG UMNO DARI SUMBER SAH DAN BUKAN WANG DARI 1MDB.

Terpulanglah kepada Mahkamah untuk memutuskan dan UMNO akan menyusuri kes ini secara tertib, berprinsip, jujur serta berdiri atas kebenaran. INSYA-ALLAH.

Tan Sri Annuar Musa
Setiausaha Agung
UMNO MALAYSIA
25/6/19


Tinggalkan Balasan

Your email address will not be published.