Umno sedia kongsi kuasa terajui Sabah

PRESIDEN Umno, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menyatakan kesediaan parti itu untuk bekerjasama dengan mana-mana gabungan atau parti politik bagi membentuk kerajaan selepas Pilihan Raya Negeri ke-17 (PRN17).

Beliau yang juga Pengerusi BN berkata, analisis telah menunjukkan bahawa tiada satu pun parti atau gabungan yang benar-benar dominan untuk membentuk kerajaan negeri secara bersendirian.

“Realitinya dalam analisis yang dilakukan, tidak ada satu-satu parti politik atau gabungan yang dominan. Itu hakikatnya.

“Insya-ALLAH, Umno sanggup bekerjasama dengan mana-mana gabungan dan parti untuk membentuk kerajaan supaya sama-sama kita berkongsi kuasa. Dan insya-ALLAH di bawah BN, kita berjanji untuk satu perkara pertama, kita akan laksanakan semua aku janji yang tercatat dalam manifesto yang akan kita laksanakan,” katanya.

Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah itu berkata demikian dalam ucapannya pada Program Pemerkasaan Wanita MARA dan Seminar Kenegaraan Malaysia Madani 2025 di Kota Kinabalu, pada Sabtu.

Ahmad Zahid turut menegaskan bahawa konsep ‘Sabah for Sabahan’ tidak seharusnya dijadikan retorik politik menjelang pilihan raya, sebaliknya rakyat Sabah perlu melihat diri mereka sebagai sebahagian daripada Malaysia yang bersatu di bawah satu negara.

“Siapa kata ‘Sabah for Sabahan’? Tidak. Ini negara Malaysia. Bukan ada orang Sabah, bukan orang Selangor, bukan orang Perak, bukan orang Semenanjung.

“Kita tetap rakyat Malaysia yang taat setia kepada negara kita, tidak kira negeri. Di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung,” tegasnya.

Menurut beliau, menjelang pilihan raya sering timbul sentimen yang memisahkan rakyat mengikut negeri, namun hakikatnya perjuangan Umno dan BN di Sabah sejak awal adalah untuk membantu dan membangunkan negeri ini.

“Bila dekat pilihan raya, ada yang mula cakap ‘Sabah for Sabahan’, ini parti Malaya. Itu sebabnya saya ingin jelaskan, atas perbincangan saya dengan Datuk Abdul Rahman Dahlan, kenapa Umno Sabah dan BN Sabah diberikan kuasa autonomi.

 

Umno-BN willing to share power in Sabah

UMNO and Barisan Nasional are prepared to cooperate with any coalition or party to form the next Sabah government after the state polls on Nov 29, says BN chairman Ahmad Zahid Hamidi.

He said Umno and BN are prepared for the likelihood that no party or coalition will dominate the polls, despite their stated mission of seizing power from Gabungan Rakyat Sabah.

“This is our chance to seize Sabah, but the reality is that according to analyses, no single party or coalition will be dominant,” he was quoted as saying in Putatan, Kota Kinabalu on Saturday.

“God willing, Umno will cooperate with any coalition or party to form the state government and share power,” Berita Harian reported him as saying.

The Umno president also hit out at Sabahan parties who uphold the “Sabah for Sabahans” slogan, saying their rejection of “Malayan” parties is unreasonable given the defence of Sabah by Malaysians from other states against the 2013 Lahad Datu incursion.

“Who came to defend Sabah in Tanduo? The Malayans came to defend Sabah.

“Who ordered for military assets to be moved to Tanduo? Where was Esscom (Eastern Sabah Security Command)? (Former prime minister) Najib Razak set it up in Felda Sahabat (in Lahad Datu),” he said.

Zahid said Sabah Umno has been given autonomy to truly be for Sabah, and not be seen as a “Malayan party”.

“This is a party for Sabahans. It was Sabahans that asked Umno to come help the state. Umno and BN have brought development to Sabah. Give BN a chance,” he said.