UMNO tak campuri urusan parti lain

UMNO menegaskan tidak mencampuri urusan dalaman parti lain dan kekal dengan prinsip itu, kata Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Beliau berkata demikian bagi mengulas mengenai laporan berita bahawa kira-kira 120 Ketua Bahagian BERSATU telah menandatangani Akuan Bersumpah (SD) menggesa Presidennya, Tan Sri Muhyiddin Yassin berundur dan menyerahkan kepimpinan kepada Timbalan Presiden, Datuk Seri Hamzah Zainudin.

“Setakat ini, kita mengambil pendirian tidak akan campur tangan dalam urusan parti lain. Kita mengucapkan kepada mereka selamat berjaya di dalam sebarang cabaran yang sedang dihadapi.

“Mudah-mudahan ada hidayah daripada Allah Ta’ala untuk membuka hati mereka untuk kembali ke pangkal jalan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas mempengerusikan Sesi Perbincangan Meja Bulat bersama syarikat berkaitan kerajaan (GLC), syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC), agensi kerajaan serta institusi Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) di Putrajaya, hari ini.

Umno doesn’t meddle with other parties’ affairs

IT is not a practice for UMNO to meddle with other parties’ affairs, said its president Ahmad Zahid Hamidi.

Commenting on news that 120 Bersatu division heads urged their president Muhyiddin Yassin to resign and hand over the position to his deputy Hamzah Zainuddin, Zahid said:

“As at now, we are of the stand of not meddling with other peoples’ affairs.

“We can only wish them all the best in their new undertakings.”

He said this in Putrajaya after a round table discussion on TVET with GLCs an GLICs today.