Umno tak pernah minta tangguh PRN

UMNO dan Barisan Nasional (BN) tidak pernah mengambil pendirian supaya pilihan raya negeri (PRN) ditangguhkan susulan perkembangan geopolitik semasa, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Presiden UMNO itu berkata pandangan mengenai penangguhan PRN yang dibangkitkan pihak tertentu itu, hanyalah pendapat peribadi dan tidak mewakili parti.

“Itu bukan pendirian UMNO, itu bukan pendirian BN. Itu pendapat peribadi seseorang dan tidak ada endorsement daripada parti.

“Jadi dalam keadaan itu, jangan buat keputusan untuk buat penangguhan dan ini menjadi bahan untuk orang melontarkan peluru kembali kepada kita,” katanya ketika menyampaikan ucaptama pada Better Nation Forum ke-10: Kesan Konflik Amerika Syarikat-Iran ke atas Malaysia di Auditorium Menara Dato’ Onn, di sini malam ini.

Ahmad Zahid yang juga Pengerusi BN berkata BN khususnya UMNO sebagai tunjang gabungan itu, sentiasa bersedia menghadapi PRN pada bila-bila masa.

Sebelum ini, Ahli Majlis Tertinggi UMNO Datuk Seri Ahmad Maslan mencadangkan supaya PRN Melaka dan Johor yang sepatutnya diadakan tahun ini, ditangguhkan sehingga keadaan ekonomi susulan krisis geopolitik Asia Barat kembali stabil.

Ahmad yang juga Timbalan Pengerusi UMNO Johor mengemukakan pendirian peribadinya itu, kerana melihat ketidaktentuan geopolitik semasa memberi tekanan kos sara hidup yang masih dirasai rakyat, termasuk isu harga bahan api dan barangan keperluan.

Sementara itu, Ahmad Zahid berkata perkembangan politik semasa turut menyaksikan peningkatan sokongan terhadap UMNO menerusi inisiatif Rumah Bangsa, dengan permohonan keahlian baharu secara dalam talian mencecah 10,000 dalam tempoh 48 jam.

Beliau berkata justeru, perkembangan tersebut mendorong cadangan supaya mekanisme keahlian terus atau direct membership pada peringkat BN diwujudkan dalam waktu terdekat dan perkara ini telah dipersetujui Setiausaha Agung BN Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir.

“Kejayaan Rumah Bangsa ini harus diterjemahkan juga untuk BN kerana terdapat ahli profesional, individu dan juga pemimpin-pemimpin pertubuhan bukan kerajaan yang mahu bersama bersama-sama dengan BN.

“Kita akan mengusulkan di dalam Dewan Tertinggi BN supaya klausa yang terdapat di dalam Perlembagaan BN yang menyebutkan permohonan untuk menjadi ahli terus atau langsung iaitu direct membership, ini akan dilaksanakan,” katanya.

Umno never asked to postpone state polls

UMNO and Barisan Nasional (BN) have never taken a position to postpone the Melaka and Johor state elections following current geopolitical developments, said Deputy Prime Minister Ahmad Zahid Hamidi.

The Umno president said the suggestion of postponement raised by certain parties is merely a personal opinion and does not represent the party.

“That is not Umno’s stance. That is not BN’s stance. It is an individual’s personal view, and there is no endorsement from the party.

“So in that situation, don’t decide to postpone. That would only give others ammunition to turn against us,” he said during his keynote address at the 10th Better Nation Forum, titled “The Impact of the US-Iran Conflict on Malaysia,” at Menara Dato’ Onn tonight.

Zahid, who is also BN chairman, said the coalition and particularly Umno as its backbone, is always ready to face state elections at any time.

Zahid was responding to Umno Supreme Council member Ahmad Maslan’s previous proposal to postpone the Melaka and Johor state elections, scheduled for this year, until the economic situation following the West Asian geopolitical crisis stabilises.

Meanwhile, Zahid said the Rumah Bangsa initiative has boosted Umno’s support, with 10,000 new online membership applications in just 48 hours.

He said this development has prompted a proposal to establish a direct membership mechanism at the BN level in the near future, which has been agreed upon by BN secretary general Zambry Abd Kadir.

“The success of Rumah Bangsa must also be replicated in BN, because there are professionals, individuals, and non-governmental organisations leaders eager to join.

“We will propose to the BN Supreme Council that the clause in the constitution regarding direct membership applications be implemented,” he said.