Umno to sack some members, says Tok Mat

SEVERAL Umno members are likely to be sacked for allegedly joining other parties, according to party deputy president Mohamad Hasan.

He said the party’s disciplinary committee made several recommendations that were presented to the management committee before being brought to the Supreme Council meeting on Wednesday night.

“Many Umno members have been proposed for sacking because they have joined other parties that are part of the government.

“This should not happen. If an individual wants to join (another party), that is up to them. However, party members must maintain a certain code of ethics,” he said in Petaling Jaya on Friday. He, however did not disclosed the number of names listed.

“How can we work together and form a government if we are stealing each other’s members? Umno has never stolen other parties’ members,” he said.

After the MT meeting, Umno secretary-general Asyraf Wajdi Dusuki said the party would send protest notes to leaders of other parties in the unity government planning to accept its members.

He said the protest notes represent a “stern warning” to other components in the coalition.

“If this matter is not dealt with, it will complicate the relationship among the components,” he said.

Last week, investment, trade and industry minister Tengku Zafrul Aziz confirmed that his application to join PKR had been accepted two weeks earlier. Bernama reported that Tengku Zafrul is now a member of PKR’s Ampang division.

 

Lagi ahli UMNO akan dipecat, Tok Mat

UMNO dijangka memecat beberapa ahli atas beberapa kesalahan, termasuk menyertai parti lain, kata timbalan presiden, Datuk Seri Mohamad Hasan.
Katanya, lembaga disiplin parti sudah pun membuat laporan dan dibawa ke mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi pada Rabu lalu.

“Ada ahli yang dicadangkan pemecatan mereka kerana sudah menyertai parti lain di dalam kerajaan perpaduan.

“Ini tak sepatutnya berlaku. Jika seseorang ahli ingin menyertai parti lain, itu haknya.

“Bagaimanapun, mereka perlu patuh kepada peraturan,” katanya di Petaling Jaya, semalam. Bagaimanapun, Menteri Luar itu tidak menyebut jumlah dan nama mereka.

“Macam mana kita nak bekerjasama dalam satu kerajaan jika sesuatu parti komponen mencuri ahli parti lain?,” katanya.

Selepas mesyuarat MKT Rabu lalu, setiausaha agung UMNO Datuk Wira Dr Asyraf Dusuki berkata pihaknya akan menghantar nota bantahan kepada parti lain dalam Kerajaan Perpaduan berkenaan hal berkenaan.

Minggu lalu, Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Datuk Seri Tengku Zafrul Aziz mengesahkan keahliannya di dalam PKR cabang Ampang.